Write For Us

Pegawai: Maszlee tak kata 1MDB masuk silibus sekolah

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
91 Views
Published
Laporan sesetengah media yang melaporkan isu 1MDB akan dimasukkan dalam sukatan pelajaran Sejarah di sekolah adalah tidak tepat, menurut Kementerian Pendidikan.
Dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan oleh Setiausaha Akhbar Menteri Pendidikan, Shahrul Aman Mohd Saari berkata semasa sesi soal jawab di Dewan Rakyat semalam Dr Maszlee Malik hanya menjelaskan isu 1MDB “akan dimasukkan dalam sejarah Malaysia”.
Mengulas lanjut, Shahrul Aman menjelaskan menteri terbabit langsung tidak menyebut kes 1MDB akan dimasukkan menjadi sebahagian daripada sukatan pelajaran Sejarah Malaysia.
Justeru beliau menggesa agar pihak media bekerjasama membuat pembetulan bagi mengelakkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat.
Bagaimanapun Shahrul Aman berkata, Kementerian Pendidikan tiada halangan sekiranya isu 1MDB dijadikan kajian di institusi pengajian tinggi negara ini.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment