Write For Us

'Boleh periksa 'handbag' saya ada duit PERMATA atau tak', Rosmah kepada pengkritik

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
115 Views
Published
Penaung Program Permata Pintar (PERMATA) Datin Seri Rosmah Mansor hari ini menegaskan, beliau tidak pernah mengambil wang program berkenaan untuk kegunaan peribadi.
Malah, beliau juga dengan tegas meminta supaya mana-mana pihak tidak lagi mempersoalkan tentang program PERMATA kerana menurutnya, program berkenaan adalah untuk kebaikan rakyat.
"Janganlah banyak sangat soal menyoal di luar sana. Jangan ragu-ragu dengan program ini. Jangan tanya 'oh, dia punya sumber kewanganlah, apa lah, macam-macam.
"Kita dah terangkan pun dia tanya juga lagi. Saya tak faham. Kadang kala ia mengecewakan kita. Jadi, jangan politikkan program PERMATA. Kita tak pernah tanya 'bapa awak parti mana, parti itu tak boleh masuk'. Tidak. Kita tak lakukan perkara macam itu.
"Program ini semuanya adalah untuk rakyat. Tiada kena mengena dengan saya. Saya tak ambil duit (PERMATA) dan letak dalam poket saya, dalam beg tangan saya. Anda boleh periksa. Ingat senang nak dapat duit dari kerajaan?" katanya.
Beliau berkata demikian semasa berucap pada majlis penutup Seminar Jenayah Seksual Kanak-kanak: Hentikan! di ibu negara hari ini.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment