Rosmah Mansor, yang dijadualkan menerima anugerah 'Lead by Example' berhubung program PERMATA daripada Antiquities Coalition telah dikeluarkan daripada senarai penerima anugerah.
Difahamkan Bernama yang melaporkan mengenai anugerah itu pada Sabtu lalu membuat kesilapan kononnya anugerah itu diberikan oleh UNESCO.
PERMATA adalah cetusan ilham isteri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, yang juga berperanan sebagai penaungnya.
Agensi berita nasional itu melaporkan, Rosmah dijadual menerima anugerah itu di Metropolitan Museum of Art, pada Khamis ini.
Dalam e-mel kepada media, jurucakap Antiquities Coalition, Andy Beck berkata: "Bercanggah dengan laporan yang silap itu, acara itu bukan acara UNESCO, dan juga UNESCO tidak memberi anugerah itu."
Sabtu lalu, Bernama melaporkan Rosmah dipilih menjadi penerima anugerah UNESCO sempena sempena Persidangan Agung ke-71 PBB.

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment