Isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor hari ini berkongsi pengalamannya bersama Raja Arab Saudi Raja Salman Abdulaziz al-Saud yang berkunjung ke Seri Perdana semalam.
Rosmah menceritakan, Raja Salman memberitahunya, baginda terharu dan seronok melihat persembahan yang dilakukan oleh kanak-kanak dari PERMATA Seni.
Menurut Rosmah, Raja Salman berkata demikian ketika baginda menghadiri sesi jamuan makan tengah hari di kediaman rasmi perdana menteri itu.
Pada majlis berkenaan baginda dihiburkan dengan pelbagai persembahan daripada kanak-kanak PERMATA Seni.
Antara persembahan yang dipertontonkan kepada pemimpin tertinggi Arab Saudi itu ialah koir dan tarian Arab.
"Semalam anak-anak (PERMATA Seni) ini buat persembahan semasa Raja Salman berangkat makan tengah hari di Seri Perdana.
"Raja Salman kemudian bertanya, siapa budak lelaki itu - yang berpakaian Arab. Dan saya kata, itu dari PERMATA Seni dan akan buat tarian Arab sekejap lagi.
"Baginda sangat terharu dan seronok melihat koir, orkestra dan tarian yang dipersembahkan pada baginda semalam," kata Rosmah yang merupakan penaung PERMATA.
Beliau berkata demikian semasa berucap merasmikan Mesyuarat Agung Perwakilan Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia (Puspanita) ke-35 di Putrajaya hari ini.
Raja Salman yang kini dalam lawatan selama empat hari tiba di Malaysia ahad lalu.
Baginda yang hadir bersama delegasi 600 anggota termasuk anggota kerabat diraja dan menteri kabinet Arab Saudi memilih Malaysia sebagai negara pertama yang dikunjunginya dalam rangka lawatan baginda ke Asia Tenggara sejak menaiki takhta pada 2015.
Sementara itu, ketika berucap merasmikan mesyuarat agung, Rosmah turut menasihati semua ahli Puspanita agar menjadi ejen keharmonian dan perpaduan bagi menyebarkan dasar, program dan projek kerajaan ke peringkat akar umbi.
"Ahli Puspanita rata-ratanya adalah penjawat awam atau suri kepada penjawat awam.
"Oleh itu bertepatan bagi Puspanita untuk mengambil langkah murni menyebar luas dasar, program dan projek kerajaan ke peringkat akar umbi," katanya lagi.

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment