Write For Us

Bon biaya projek MRT mampu dibayar balik

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
123 Views
Published
Projek Transit Aliran Massa (MRT) yang dibiayai bon yang dijamin seratus peratus oleh kerajaan, mampu dibayar balik melalui hasil daripada bayaran daripada penumpang MRT, kata Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Othman Aziz.
Katanya, berdasarkan kajian kebolehlaksanaan, beliau yakin ia akan memberi manfaat dan keselesaan kepada kedudukan kewangan kerajaan dalam tempoh jangka panjang.
"Purata trafik harian laluan stesen Sungai Buloh ke Semantan pada masa ini adalah 14,000 pengguna dan apabila laluan ke Kajang dibuka pada Julai depan, ia akan meningkat kepada 40,000 pengguna.
"Kita berharap dengan penyediaan kemudahan ini, rakyat akan lebih kerap menggunakan pengangkutan awam dan menjadikannya budaya baru dalam aktiviti seharian, sekali gus meningkatkan lagi volum dan kapasiti perkhidmatan MRT," katanya ketika sesi soal jawab persidangan Dewan Rakyat hari ini.
Othman menjawab soalan tambahan yang diajukan Dr Lee Boon Chye (PKR-Gopeng) sama ada projek MRT dapat menjana pendapatan bagi membiayai bon tersebut.
Katanya, kos pelaksanaan MRT laluan Sungai Buloh-Kajang yang dianggarkan RM21 bilion juga tidak melebihi kos yang disasarkan sebelum ini, iaitu RM23 bilion.
Mengenai status projek fasa kedua MRT dari Semantan ke Kajang, Othman berkata ia 97 peratus siap dengan kerja-kerja akhir sedang dilaksanakan termasuk reka bentuk dalaman, struktur pintu masuk, laluan pejalan kaki, lanskap serta pemasangan sistem dan mekanikal.
"Kerja-kerja pemeriksaan dan pentauliahan sistem juga akan dimulakan dalam masa terdekat," kata Othman bagi menjawab pertanyaan Dr Ismail Daut (BN-Merbok) berkenaan status dan kos pelaksanaan projek MRT.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment