Write For Us

"Bukan soal tak mampu bayar balik" Najib jawab Wan Azizah

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
124 Views
Published
1MDB mampu membayar firma pelaburan Abu Dhabi, International Petroleum Investment Co (IPIC), kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
“Soal 1MDB telahpun dikeluarkan kenyataan, maka ini soal teknikal sahaja bukan soal tidak mampu bayar balik.
“Maka dijangka tidak akan menjejaskan keyakinan terhadap ekonomi negara,” kata Najib di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau mengulas kenuataan pemimpin pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang berkata pembayaran yang tidak dilunaskan semalam itu akan menjejaskan keyakinan pelabur terhadap ekonomi negara ini.
1MDB semalam gagal membuat bayaran RM2.58 bilion kepada IPIC seperti yang dipersetujui dalam perjanjian penyelesaian mereka pada April lalu.
1MDB menjelaskan bahawa ia tidak dapat memenuhi obligasi pembayarannya kerana dana yang sepatutnya diterima pada bulan Julai telah ditangguhkan hingga Ogos.
Dalam satu kenyataan kepada Bursa Saham London semalam, IPIC berkata 1MDB dan Kementerian Kewangan Diperbadankan (MOF Inc) mempunyai lima hari untuk "memulihkan" kegagalan pembayaran itu.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment