Write For Us

'Bekas PM yang cakap Kelantan tak mampu bayar gaji'

Loading...
Google Rank
67 Views
Published
Menteri Kewangan Lim Guan Eng mengesahkan terdapat kenyataan daripada bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak yang mendakwa Kelantan tidak mampu membayar gaji penjawat awam negeri sehingga terpaksa memohon peruntukan yang disalurkan oleh kerajaan Pusat.
Kata Lim, beliau juga turut meluluskan peruntukan terbaru untuk kerajaan negeri itu.
Beliau berkata demikian kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.
- 'Guan Eng, tarik balik kenyataan!'
Pembangkang meminta Menteri Kewangan Lim Guan Eng menarik balik kenyataan yang mendakwa Kelantan tidak mampu membayar gaji penjawat awam dan jika gagal berbuat demikian, akan dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan kerana membuat kenyataan yang mengelirukan.
Ahli Parlimen Kota Bharu Datuk Takiyuddin Hassan berkata demikian pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.
- Bila Kelantan tak pernah bayar gaji? Takiyuddin-Lim berbalah
Pada sidang Dewan Rakyat sebelah pagi, Menteri Kewangan Lim Guan Eng berasa hairan dengan hasrat Kelantan yang ingin membangunkan sendiri Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) bersama Terengganu dan Pahang sedangkan gaji anggota kerajaan negeri pun tidak mampu dibayar.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment