Bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Malaysia Airlines (MAS) Peter Bellew perlu membayar pampasan empat bulan gaji kepada syarikat penerbangan itu kerana gagal mematuhi syarat peletakan jawatannya, kata Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Johari Abdul Ghani.
Johari berkata, perjanjian tiga tahun yang ditandatangani antara Bellew dan MAS, kedua-dua pihak perlu memberi notis enam bulan sebelum menamatkan perjanjian.
“Dalam perjanjian itu, kedua-dua pihak boleh beri enam bulan notis. CEO atau MAS boleh beri enam bulan notis,” kata Johari.
“Namun dia hanya beri dua bulan notis, jadi kita terima (peletakan jawatannya) dan dia perlu bayar empat bulan (gaji),” katanya dalam perbahasan Bajet 2018.
Johari menjawab soalan Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena) yang bertanya sama ada Bellew melanggari perjanjian itu dan berapa jumlah bayaran pampasan yang dikenakan terhadapnya.
Johari bagaimanapun tidak mendedahkan jumlah pampasan yang perlu dibayar Bellew.
Status Bellew diumumkan oleh Ryanair Holdings PLC di Bursa Saham London bulan lalu yang turut mengejutkan MAS.
Sebelum ini Bellew dilaporkan meletak jawatan pada 8 Oktober.

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment