Write For Us

PKR bawa kes tuntut Zuraida bayar pampasan ke Mahkamah Persekutuan

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
12 Views
Published
PKR akan membuat rayuan di Mahkamah Persekutuan bagi memaksa bekas naib presidennya, Zuraida Kamaruddin, membayar pampasan RM10 juta kerana berpaling tadah selepas memenangi kerusi parlimen Ampang buat kali ketiga pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Peguam parti pemerintah itu, Navpreet Singh, hari ini berkata bahawa mereka telah memfailkan permohonan kebenaran untuk merayu ke Mahkamah Persekutuan pada 8 Januari lalu dan notis permohonan telah diserahkan kepada peguam Zuraida.

Katanya, PKR merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan pada 11 Disember tahun lalu yang mengurangkan jumlah pampasan yang perlu dibayar oleh Zuraida kepada hanya RM100,000.
Category
TV Saluran - TV Channel
Tags
Kinitv, Malaysia, politics
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment