Tiga termasuk pemilik bot pelancong katamaran yang karam ketika membawa pelancong China ke Pulau Mengalum ditahan polis petang semalam.
Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Ramli Din berkata, pemilik bot itu iaitu lelaki tempatan berumur 44 tahun, ditahan di sekitar Kota Kinabalu kira-kira pukul 4 petang bagi membantu siasatan ke atas insiden itu.
Ramli menambah operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang masih dijalankan kini tertumpu kepada pencarian empat pelancong China dan seorang kru dan polis akan terus menyiasat jika terdapat pelancong dalam senarai daftar penumpang itu, tetapi tidak menaiki bot berkenaan.
Bot jenis katamaran itu yang membawa tiga anak kapal dan 27 pelancong dari China dipercayai karam disebabkan angin kencang dan ombak besar pada 10 pagi Sabtu, sejam selepas mereka meninggalkan jeti Tanjung Aru di sini menuju Pulau Mengalum, destinasi pelancong kira-kira 56 kilometer ke barat laut Kota Kinabalu.
Dua kru dan 20 pelancong warga China diselamatkan di perairan Semarang dekat Labuan, manakala tiga lagi pelancong China terkorban dalam tragedi itu.

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment