Write For Us

Boy Iman direman dua hari di Kubang Pasu

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
103 Views
Published
Pengarah Urusan DBI Properties, Datuk Boy Iman direman dua hari lagi bagi membantu siasatan berhubung kes penipuan projek pembinaan rumah di daerah ini melibatkan syarikat berkaitan dengannya.
Memetik Utusan Online, perintah reman sehingga esok itu dikeluarkan oleh Majistret Abdul Hadi Hakimi Harun ketika bekas pelakon terbabit dibawa oleh pihak polis ke Mahkamah Majistret Jitra hari ini.
Boy Iman, 37 tahun, direman bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana dipercayai bertanggungjawab menyebabkan kerugian beberapa mangsa dalam projek pembinaan rumah banglo.
Turut direman dua hari ialah tiga pengarah Juta Kelulut Global Resources termasuk seorang wanita bergelar Datuk.
Boy Iman diwakili peguam, Ummi Kalthum Zakaria manakala tiga lagi diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan, Zuriah Mohd Nordin.
Terdahulu, Boy Iman serta tiga yang lain dibawa oleh anggota polis ke mahkamah berkenaan kira-kira 9 pagi dengan tangan bergari dan berpakaian lokap.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment