Write For Us

Lagi ahli Bersatu keluar parti, kali ini di Kubang Pasu

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
80 Views
Published
Bernama melaporkan kira-kira 200 anggota Bersatu bahagian Kubang Pasu, Kedah keluar parti hari ini.

Tindakan keluar secara beramai-ramai itu diketuai oleh bendahari sementara bahagian, Tengku Anwar Tengku Daud dan disertai oleh orang nombor dua Srikandi, Zakiah Yaakob dan ketua penerangan Armada, Mohd Saffiq Rodhi.

Bercakap pada sidang media untuk mengumumkan langkah mereka, Tengku Anwar mengatakan bahawa 25 daripada 35 ketua bahagian di bahagian itu juga telah keluar dari Bersatu.

Beliau turut mengesahkan telah menerima sebanyak 2,454 permohonan daripada ahli Bersatu bahagian itu untuk keluar daripada parti.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment