Write For Us

TERKINI : 29 Pemimpin Bersatu Puchong Keluar Parti

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
84 Views
Published
PUCHONG – Pengerusi Tetap Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Bahagian Puchong, Baharuddin Abdul Kudus antara 29 daripada jumlah 39 ahli jawatankuasa parti berkenaan mengisytiharkan keluar parti berkuatkuasa serta merta.

Turut mengumumkan perletakan jawatan dan keluar parti itu adalah Ketua Armada Bahagian Puchong, Mohd Danial Mohd Don Alfian dan Naib Ketua Srikandi Bahagian Mazurah Khairuddin.

Bercakap dalam sidang media, Baharuddin berkata, seramai 13 orang AJK telah berkeputusan melepaskan segala jawatan yang disandang dan keluar parti serta merta kecuali Ketua Bahagian, Mohd Shukor Mustaffa dan Naib Ketua Bahagiannya, Shaik Mohd Shaszari Shaik Sulaiman.

Begitu juga dengan Sayap Srikandi Bahagian apabila daripada jumlah 12 pemimpin dan AJK, sembilan daripadanya termasuk Mazurah dan Pengerusi Tetap Srikandi Bahagian, Noraini Abu bersama tujuh ahli jawatankuasanya yang juga melakukan perkara yang sama.

MalaysiaGazette.com - Online News / Portal - Follow US Now! Or visit www.malaysiagazette.com for the latest news on politics, economy, fashion, travel, lifestyle and more www.malaysiagazette.com

#malaysiagazette #mgtv
Category
Berita - News
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment