Bekas orang kuat PKR, Datuk Ezam Mohd Nor, meninggalkan Parti Generasi Baru ekoran kelewatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) meluluskan pertukaran nama pertubuhan itu menjadi Parti Bebas Rasuah.
Ia adalah kali kelima untuk Ezam meninggalkan sesebuah parti politik sejak 1998.
Dalam satu kenyataan, Ezam turut memetik alasan bahawa ROS belum menunjukkan sebarang petanda positif terhadap permohonan pertukaran nama berkenaan.
Ezam adalah bekas setiausaha politik Datuk Seri Anwar yang pernah menjadi antara watak penting dalam kempen reformasi yang berlaku pada 1998.
Beliau pernah menyertai semula Umno dan meninggalkan parti itu keluar sekali dan memohon menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).
Sebelum menyertai BERSATU Ezam dilantik Datuk Seri Najib Razak sebagai Pengarah Komunikasi Kementerian Kewangan.
Kata Ezam penubuhan Parti Bebas Rasuah mungkin menjadi kenyataan selepas "kerajaan kleptokrasi" ditumbangkan selepas ini.
Ezam akan terus berjuang dengan memberikan tumpuan khusus melawan rasuah melalui pertubuhan bukan kerajaan dikenali sebagai Hisbah.

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment