Write For Us

Guan Eng: 4 wakil rakyat DAP keluar parti 'hadiah' buat BN

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
143 Views
Published
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng membidas tindakan keluar parti oleh empat wakil rakyat parti itu di Melaka sebagai 'hadiah' buat BN menjelang pilihan raya umum akan datang.
Beliau yang juga ketua menteri Pulau Pinang berkata, BN menerima 'hadiah' walaupun terperangkap dalam skandal rasuah besar-besaran membabitkan 1MDB (RM52 bilion) dan RM4.3 bilion dana milik Felda.
Katanya, tindakan keluar parti itu adalah sesuatu yang tidak dijangka kerana salah satu daripada empat wakil rakyat itu, Ahli Parlimen Kota Melaka Sim Tong Him dipilih secara peribadi oleh Lim Kit Siang untuk bertanding pada pilihan raya umum 1986.
"Beliau sekali lagi diselamatkan oleh Kit Siang daripada dibuang DAP selepas Sim bertanding sebagai calon bebas pada pilihan raya 2013 menentang calon DAP di kerusi DUN Kota Laksamana," kata Lim dalam kenyataan.
Jelas Lim, DAP sepatutnya boleh mengambil tindakan disiplin kerana ingkar secara terang-terangan kepada parti.
Bagaimanapun, parti itu percaya Sim, walaupun terpesong, masih setia kepada parti dan rakyat, katanya.
Sim juga berkali-kali melafazkan ikrar kesetiaan abadi kepada DAP, imbau Lim.
"Malah semasa pengkhianatan ke atas parti dalam pilihan raya 2013, Sim menyebut bahawa 'beliau hidup sebagai DAP dan akan mati sebagai ahli DAP, fakta itu tidak akan berubah'."
"Jelas sekali bahawa Sim telah melanggar ikrar beliau bukan sahaja kepada parti malah turut ke atas rakyat yang menyokong DAP," tambah Lim.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment