Write For Us

Program e-Tunai Rakyat tidak ceroboh data peribadi rakyat - Guan Eng

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
83 Views
Published
Menteri Kewangan, Lim Guan Eng menjelaskan bukan tujuan kerajaan mewujudkan program e-Tunai Rakyat untuk mendapatkan atau menceroboh maklumat dan data peribadi rakyat.
Beliau berkata, kerajaan sebenarnya boleh mendapatkan data peribadi rakyat dengan mudah menerusi carian menggunakan kad pengenalan.
Beliau berkata demikian pada sidang media di Kementerian Kewangan pada Jumaat, 17 Januari.
Guan Eng mengulas dakwaan pihak tertentu yang mendakwa program e-Tunai Rakyat adalah strategi kerajaan untuk mendapatkan maklumat peribadi rakyat sebagai persiapan menghadapi pilihan raya umum (PRU) akan datang.
Beliau berkata demikian selepas menyaksikan majlis menandatangani Perjanjian Tambahan kepada Perjanjian Rakan Pelaksana Projek Transit Aliran Massa 2 (MRT 2) di antara MRT Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) dan MMC Gamuda KVMRT Sdn Bhd.
-------------------------------------

#HMETRO #METROTV



Please visit our website for more news

Please like

Please follow

And also our
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment