Write For Us

Insentif e-Tunai Rakyat boleh dituntut mulai Rabu

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
97 Views
Published
Rakyat Malaysia yang layak, boleh menuntut insentif e-Tunai Rakyat bernilai sekurang-kurangnya RM30, bermula jam 8 pagi Rabu 15 Januari.
Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, berkata tuntutan itu boleh dibuat melalui salah satu daripada tiga pengendali e-dompet terpilih, iaitu Grab, Boost atau Touch ‘n Go, dan dijangka diperoleh dalam masa lima hari bekerja.
Beliau berkata, kira-kira 15 juta rakyat negara ini yang berusia 18 tahun ke atas dan berpendapatan kurang RM100,000 setahun, layak menerima insentif berkenaan.
Beliau berkata demikian pada sidang media mengenai e-Tunai Rakyat di kementeriannya, di Putrajaya pada Selasa.
Bagi memastikan inisiatif terbabit mempercepatkan proses digitalisasi, wang RM30 itu perlu dibelanjakan penerima hingga 14 Mac 2020, manakala baki yang tidak dibelanjakan akan luput selepas tarikh berkenaan.
-------------------------------------
#HMETRO #METROTV
Please visit our website for more news
Please like
Please follow
And also our
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment