Write For Us

Guan Eng: Nampak macam hanya 20 orang sahaja keluar DAP

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
126 Views
Published
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dengan sinis berkata beliau tidak nampak 182 orang meninggalkan parti itu sebaliknya hanya 20 orang menerusi sekeping gambar yang dimuat naik di media sosial semalam.
“Ada 182 ke. DAP ada 150,000 ahli. Kami menilai dan menghargai kesemua ahli-ahli kami dan daripada 150,000 ahli yang saya nampak dalam gambar hanya 20 lebih sahaja.
“Tapi yang 20 orang dalam gambar yang dilaporkan dalam media BN mungkin boleh jadi 182,” katanya kepada pemberita di lobi parlimen.
Semalam DAP Melaka mengalami gelombang kedua melibatkan anggotanya yang keluar parti selepas ahli veteran dan Ahli Parlimennya, Sim Tong Him bersama tiga ADUN lain berbuat demikian bulan lalu.
Seramai 182 anggota akar umbi DAP yang diketuai tujuh bekas anggota jawatankuasa DAP negeri, keluar parti kerana 'kecewa' dengan parti itu.
Antara lain mereka berkata, parti itu menyimpang daripada prinsip "Malaysian Malaysia", kata bekas Setiausaha DAP Melaka, Liou Chen Kuang.
Mengulas lanjut, pihaknya menghargai kesemua ahli DAP namun mereka yang keluar DAP mungkin berasa hampa selepas kalah dalam pemilihan parti itu.
“harap mereka terus dalam DAP, dalam pilihan raya, kalah atau menang itu biasa. Teruskan mana tahu dalam pemilihan parti akan datang mereka menang.
“Namun jika mereka terus dengan keputusan mereka saya ucapkan terima kasih atas sumbangan mereka,” katanya.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment