Write For Us

'Jangan ikut macam Najib hanya tahu buat dakwaan palsu sahaja'

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
100 Views
Published
Menteri Kewangan Lim Guan Eng menyelar dakwaan Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Sarawak Abdul Karim Rahman Hamzah berhubung hasil cukai pelancongan dengan mengatakan Sabah telah menerima sumbangan hasil cukai pelancongan 2018.
Guan Eng dalam satu sidang media menunjukan satu laporan media yang melaporkan kerajaan Sabah menafi sudah menerima dana sedemikian daripada kerajaan persekutuan.
Pada 3 Januari lalu, Abdul Karim mendakwa kerajaan persekutuan sudah mengagihkan hasil cukai pelancongan sebanyak RM2.7 juta kepada negeri lain termasuk Sabah namun mengecualikan Sarawak daripada agihan berkenaan.
Abdul Karim juga mendakwa bahawa agihan tersebut merupakan hak negeri Sarawak dan kerajaan Persekutuan harus membayarnya.
Sebelum ini Guan Eng yang menyatakan kerajaan Sarawak masih berhutang lebih RM2.5 bilion dengan kerajaan persekutuan dan tunggakan RM50 juta.
Ia susulan kenyataan Abdul Karim yang mendakwa kerajaan Persekutuan berhutang RM2.7 juta kepada Sarawak dalam bentuk hasil cukai pelancongan.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment