Write For Us

Pemuda MCA sedih Ong Tee Keat keluar parti

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
161 Views
Published
Ketua Pemuda MCA, Chong Sin Woon melahirkan rasa sedih dengan berita pengumuman keluar parti oleh bekas Presiden parti itu, Tan Sri Ong Tee Keat.
"Beliau yang menunjukkan jalan kepada saya untuk masuk MCA. Saya berasa sedih beliau keluar MCA. Bagaimanapun, parti kena kerja keras dan maju jaya.
"Dalam politik ini adalah perkara biasa. Kita kena harungi semua cabaran ini. All the best kepada Ong," kata Chong kepada pemberita dalam sidang media hari ini.
Bekas Menteri Pengangkutan itu keluar MCA selepas lebih 30 tahun sebagai ahlinya, dan pernah menjadi presiden parti itu.
Dalam satu mesej teks kepada Malaysiakini, Ong mengesahkan berita tersebut yang pertama kali dilaporkan oleh China Press.
Menurut laporan China Press, keputusan Ong untuk keluar parti itu berkuatkuasa sejak 2 Januari lalu.
Katanya, beliau merasakan tidak lagi sesuai untuk kekal dalam parti itu dan mengambil keputusan untuk meninggalkannya.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment