Pengarah Pusat Penyelidikan PAS (PPP), Dr Mohd Zuhdi Marzuki mendakwa bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mempunyai kuasa veto melangkaui kuasa presidennya di dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), sebagai pengerusi.
Kata Mohd Zuhdi, PAS ada memaklumkan supaya BERSATU menjauhi DAP dalam beberapa siri pertemuan lalu namun segala keputusan itu tertakluk kepada Mahathir.
"Dr Mahathir dia jadi pengerusi dalam undang-undang tubuh BERSATU kuasanya macam presiden. Presiden BERSATU kuasanya lebih rendah.
"Maka, PAS kita buat usaha berbincang mengajak BERSATU kepada kita. Ada pertemuan-pertemuan kita bertemu dengan Tan Sri Muhyiddin, bertemu dengan Tan Sri Rashid Abdul Rahman. Kita bincang dan beritahu tak boleh bersama DAP, tetapi bila mereka bertemu Mahathir untuk bermesyuarat, Dr Mahathir ada kuasa veto...itu yang berlaku sekarang," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap dalam ceramah isu semasa di Kota Bharu, Kelantan pada Rabu lalu.
Video tersebut dimuat naik Kelantan TV di Youtube.
Dalam ucapan Mohd Zuhdi, beliau menyenaraikan beberapa perkara yang dilakukan Mahathir sewaktu pentadbirannya iaitu krisis pemecatan melibatkan Mufti Selangor Datuk Ishak Baharom pada 1997, isu janggut di zaman Rasulullah, skandal Bank Bumiputera, skandal BMF, dan kes Perwaja.
"Kalau lepas ini dia naik sekali lagi, apa yang akan berlaku saya tak tahu.
"Bukan 1MDB saja, 10MDB akan berlaku," katanya.

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment