Write For Us

Bukan Imri, orang lain - Dr M

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
85 Views
Published
Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad mengesahkan bahawa ketua pegawai eksekutif (CEO) baru Telekom Malaysia (TM) sudah dilantik.
Bagaimanapun, pengerusi PH itu tidak mendedahkan nama CEO baru berkenaan dan sekadar menyatakan bahawa ia bukan Imri Mokhtar yang kini memangku jawatan berkenaan.
"Saya rasa mereka (TM) belum umumkan (CEO baru), tapi saya fikir dia sudah dilantik," katanya kepada pemberita ketika sidang media di majlis rumah terbuka sempena Aidilfitri di Seri Perdana, Putrajaya pada Rabu.
"Orang lain," katanya ketika ditanya sama ada individu yang dilantik adalah Imri.
Media sebelum ini melaporkan bahawa pengerusi TM Rosli Man tidak sependapat dengan Kementerian Kewangan Diperdankan yang merupakan pemegang saham khas.
Rosli dikatakan enggan melantik Imri sebagai CEO baru syarikat itu.
Imri ketika ini menjalankan tugas sebagai pemangku CEO selepas menggantikan Bazlan Osman November lalu.
Syarikat telekomunikasi itu tidak mempunyai CEO tetap selama setahun selepas Shazalli Ramli meletakkan jawatan Jun tahun lalu. Shazalli merupakan bekas penasihat kepada bekas perdana menteri Najib Razak.
Rosli menjadi pengerusi Dis lalu selepas peletakan jawatan Sulaiman Mahbob.
Dalam pengumuman kepada Bursa Malaysia, TM menjelaskan bahawa nama Imri dicadangkan oleh ahli lembaga pengarah dan disokong oleh Kementerian Kewangan Diperbadankan, namun Pejabat Perdana Menteri dikatakan minta keputusan berhubung perkara itu ditangguhkan.
Sabtu lalu, Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata pelantikan pengerusi TM dan CEO hanya boleh dibuat selepas mendapat arahan daripada perdana menteri.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment