Write For Us

PAS, parti paling banyak bergaul dengan orang lain, bukan ekstrem

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
78 Views
Published
Dituduh sebagai pertubuhan yang semakin radikal, ekstrem dan keras, PAS sebenarnya tidak seperti yang digambarkan sesetengah pihak kata pemimpin ulama parti itu.
Kata Ketua Ulama Pusat PAS Dr Nik Zawawi Salleh pada hakikatnya PAS ialah satu-satunya parti paling bertoleransi dan banyak bergaul dengan orang lain yang ada dalam negara ini
“Dalam sejarah PAS bersama parti lain, kita tak pernah mengkhianati orang lain,” katanya kepada pemberita di Indera Mahkota, Kuantan semalam.
Nik Zawawi ditemui media selepas persidangan hari pertama Muktamar PAS ke-65 ditangguhkan sehingga pagi ini.
Anggota parlimen Pasir Puteh itu baru saja dilantik menjadi ketua Ulama PAS kelmarin bagi menggantikan penyandang, Dr Mahfodz Mohamed yang mengundur diri.
Sebelum ini Nik Zawawi ialah timbalan kepada Mahfodz.
Terdahulu Nik Zawawi ditanya mengenai kaedah ulama PAS menghadapi dakwaan orang ramai yang melihat parti berkenaan semakin keras dan ekstrem.
Sesetengah pihak malah mendakwa PAS kini semakin ketara membawa fahaman Khawarij berdasarkan kenyataan sesetengah pemimpin dan anggotanya terhadap kumpulan yang tidak sealiran dengan mereka.
Antaranya kenyataan Yang Dipertua PAS Padang Serai, Shaharuddin Ibrahim pada 2016 yang mendakwa individu yang tidak menyokong usul meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 di Dewan Rakyat boleh "jatuh iman" mereka.
Sekiranya meninggal dunia, orang terbabit boleh disemadikan di jirat Cina.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment