Write For Us

Bukan salah BN, barang dah naik sejak zaman Jepun, kata Nawawi

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
112 Views
Published
Calon BN Parlimen Langkawi, Datuk Nawawi Ahmad berkata BN tidak boleh dipersalahkan berkaitan kenaikan kos harga barangan yang meningkat setiap tahun kerana perkara itu juga berlaku di tempat lain sejak zaman Jepun.
Nawawi berkata demikian ketika diminta mengulas rungutan pengundi daerah berkaitan kenaikan kos sara hidup di pulau pelancongan itu.
“(Kenaikan) yang itu di mana-mana, harga kos barang bukan sahaja hari ini tapi sejak zaman Jepun kos sentiasa meningkat.
“Ia bukan kerana parti tapi faktor ekonomi, formula ekonomi begitu. Tiap-tiap tahun harga akan naik, gaji akan naik, pendapatan juga akan naik, mana ada barang turun harga, yang tu rakyat dah faham,” katanya pada Majlis Helang, Hebatkan Langkawi anjuran Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) di Telaga Walk, Jalan Pantai Chenang, Langkawi, hari ini.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment