Write For Us

Taraf PR Zakir Naik bukan bidang kuasa Subra, kata PAS

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
178 Views
Published
PAS menasihati Menteri Kesihatan, Datuk Seri S Subramaniam supaya tidak mengeluarkan kenyataan terutamanya melibatkan kepentingan Islam dan umat Islam di negara ini, kata ketua penerangannya, Nasrudin Hasan.
Ini berikutan kenyataan Subramaniam baru-baru ini yang mempersoalkan pemberikan status Pemastautin Tetap (PR) kepada pendakwah kontroversi, Dr Zakir Naik.
Dalam satu kenyataan, kata Nasrudin, sebagai seorang yang menjawat menteri kesihatan, bukan bidang kuasa Datuk Seri Dr S Subramaniam untuk campur tangan dalam urusan ini.
Katanya lagi, Dr Zakir Naik adalah seorang pendakwah dan penceramah yang diiktiraf kepakarannya dalam ilmu perbandingan agama dan sangat dihormati oleh para ulamak Islam dan umat Islam di seluruh dunia.
Terdahulu, Subramaniam berkata Malaysia tidak memerlukan Zakir Naik kerana ulama di negara ini jauh lebih cekap dan berwibawa berbanding pendakwah berkenaan.
Presiden MIC itu juga memberi amaran bahawa kehadiran pendakwah kontroversi itu boleh mengancam perpaduan negara.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment