Write For Us

Zakir Naik sah ada PR Malaysia, kata Zahid

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
153 Views
Published
Timbalan Perdana Menteri, Datuk seri Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan pendakwah terkenal, Dr Zakir Naik memiliki taraf pemastautin tetap di Malaysia.
Menurut Ahmad Zahid, Zakir menerima status PR itu sejak kira-kira lima tahun lalu.
Bercakap kepada media di Putrajaya, Ahmad Zahid berkata Zakir - yang dikehendaki pihak berkuasa India atas beberapa tuduhan jenayah - diberikan taraf PR itu lebih lima tahun lalu, iaitu sebelum beliau jadi Menteri Dalam Negeri.
Ahmad Zahid ditanya mengenai status Zakir selepas tokoh terbabit mendakwa, beliau sedia dibicarakan atas tuduhan pihak berkuasa India jika ia dijalankan di lokasi berkecuali.
Ahmad Zahid berkata, Malaysia tidak boleh menyiasat Zakir namun negara lain yang mempunyai hubungan dan perjanjian dengan kerajaan negara ini boleh menggunakan kaedah memohon bantuan perundangan bersama (MLA).
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment