Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menafikan khabar angin kononnya tiga tokoh Hamas dari Palestin yang selama ini mendapat perlindungan di Qatar sedang berada di negara ini.
Ahmad Zahid berkata, pihak berkuasa telah melakukan semakan terhadap nama-nama yang diperoleh dan mendapati tokoh-tokoh yang disebut tiada di Malaysia.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menghadiri program Penerapan Nilai-Nilai Murni di Bulan Ramadan bersama warga Kementerian Dalam Negeri semalam.
Beliau mengulas laporan media Israel kononnya beberapa tokoh Hamas termasuk yang bertanggungjawab mengurus serta memberi arahan di Tebing Barat, Saleh al-Arouri kini berada di Malaysia.
Mengulas mengenai hubungan dengan Qatar, Ahmad Zahid menjelaskan Malaysia masih mengekalkan hubungan dengan semua negara.
Beliau berpendapat, permasalahan, pergolakan antara Qatar dengan beberapa negara lain termasuk Arab Saudi merupakan isu serantau.
“Kita harap dapat diselesaikan dengan secepat mungkin. Saya yakin perpaduan asas kepada kemakmuran serantau dan antarabangsa,” katanya.
The Times of Israel sebelum ini membuat laporan mendakwa pemimpin tertinggi Hamas yang diarah keluar oleh Qatar, kini berada di Malaysia.
Antaranya Saleh al-Arouri, individu dipercayai bertanggungjawab menguruskan dan memberi arahan kepada ahli Hamas di Tebing Barat.
Dia antara tokoh tertinggi Hamas yang meninggalkan Qatar atas permintaan negara itu.

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment