Write For Us

"Tiada maklumat BERSIH diresapi elemen IS," kata Zahid

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
83 Views
Published
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau tiada maklumat tentang kenyataan pemimpin gerakan ‘baju merah’ Datuk Seri Jamal Yunos yang mendakwa gabungan BERSIH diresapi pengganas IS.
"Tidak ada maklumat," kata Zahid yang juga menteri dalam negeri pada sidang media di lobi Dewan Rakyat hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas soalan pemberita berhubung dakwaan ketua Umno bahagian Sungai Besar itu yang membuat laporan polis bahawa BERSIH mempunyai elemen kumpulan pengganas IS.
Jamal pada 28 September lalu dilaporkan mendakwa perhimpunan BERSIH 5 yang dijadualkan pada 19 November ini diserapi elemen kumpulan pengganas IS.
Jamal berkata, kenyataan tersebut dibuat berdasarkan maklumat yang diterimanya dairpada sumber yang boleh dipercayainya.
Jamal juga mendakwa BERSIH mahu menjatuhkan kerajaan melalui cara pernah dilakukan di Thailand, iaitu dengan mengepung tempat-tempat penting dalam negara seperti lapangan terbang KLIA, KLIA2 dan Putrajaya.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment