Pemimpin DAP, Lim Kit Siang menyokong saranan penulis Anas Zubedy supaya pendakwah bebas antarabangsa Dr Zakir Naik meninggalkan Malaysia secara sukarela.
Dengan memetik alasan Anas, Lim berkata Zakir perlu meninggalkan negara ini kerana didakwa boleh memberi kesan kepada kestabilan negara.
Alasan itu adalah kehadiran Zakir ialah boleh menimbulkan ketengan dalam keluarga, persepsi bukan Islam terhadap Islam, perbandingan agama tidak sesuai di negara ini serta melambatkan pemulihan politik di negara ini.
Anas sangat percaya bahawa sebagai orang yang mendedikasikan hidupnya dalam bidang dakwah, salah satu matlamat utama Zakir adalah untuk menarik bukan Islam mendekati Islam.
"Malangnya, di Malaysia, kehadirannya sedang bertentangan. Ia tidak produktif," tulis Lim.
Semalam, Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad dilaporkan menyifatkan kedudukan pendakwah tersohor dunia Zakir ibarat "ditelan mati emak, diluah mati bapa" dan meyebabkan Malaysia dalam keadaan serba salah.

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment