Write For Us

Zakir Naik: Kerajaan tidak perlu mudah tunduk pada desakan

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
127 Views
Published
Kerajaan tidak perlu mudah tunduk kepada desakan berhubung isu pendakwah bebas Dr Zakir Naik kerana perlu mempertimbangkan pelbagai faktor termasuk undang-undang, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Dalam sidang media selepas menyampaikan perutusan pada taklimat Governans, Integriti dan Antirasuah di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), di sini hari ini, Dr Mahathir ditanya mengenai cadangan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang II P. Ramasamy supaya Zakir dihantar pulang ke India supaya hubungan Malaysia dengan negara itu tidak terjejas.
Sebelum ini beberapa portal berita melaporkan Zakir akan dihantar pulang ke India.
Zakir yang didakwa terbabit dengan serangan pengganas di Dhaka serta pengubahan wang haram meninggalkan India pada 2016.
Kerajaan India telah membatalkan pasport Zakir setelah beliau banyak kali mengabaikan permintaan agar hadir di Badan Penyiasat Kebangsaan India bagi membantu siasatan. - Bernama
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment