Write For Us

Bukti kukuh Anwar tidak lakukan liwat, kata peguam AS

Sponsored Post Vitamin D2 Canada Persia
192 Views
Published
Peguam Amerika Syarikat, AS, Kimberly Motley berkata, jelas bukti kukuh menunjukkan Bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak melakukan liwat seperti yang dituduh ke atas beliau.
Beliau juga percaya terdapat banyak bukti yang menunjukkan bahawa Anwar tidak melakukan liwat, yang kini sedang menjalani hukuman penjara lima tahun.
Motley gagal dalam usahanya bertemu dengan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi petang ini selepas tidak dibenarkan berjumpa dengan anak guamnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim di penjara Sungai Buloh.
Motley dilantik oleh Anwar untuk membantu beberapa kes yang sedang berlangsung, termasuk kajian semula sabitan liwatnya pada bulan Februari 2015.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment