Write For Us

Peguam: Thi Huong kata tidak bersalah bunuh Jong-nam

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
190 Views
Published
Peguam, S. Selvam yang dilantik bagi pihak suspek pertama dari Vietnam, Doan Thi Huong berkata, anak guamnya tidak mengaku bersalah atas pertuduhan kes pembunuhan Kim Jong-nam, abang pemimpin Korea Utara Jong-un di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) pada 13 Februari lalu.
Menurut Selvam, tertuduh faham akan pertuduhan ke atasnya dan berkata dia tidak melakukannya.
Selvam berkata demikian ketika ditanya pemberita di luar perkarangan Kompleks Mahkamah Sepang hari ini.
Thi Huong merupakan suspek pertama dituduh dibawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh Kim Chol yang sebelum ini dikenali sebagai Kim Jong-nam.
Tertuduh turut dituduh dibawah Seksyen 34 Kanun yang sama.
Bagi Siti Aisyah pula diwakili peguam Gooi Soon Seng.
Tertuduh warga Indonesia juga turut didakwa dalam pertuduhan yang sama.
Hakim Mahkamah Sesyen Harith Sham Mohamed Yasin, yang bertindak sebagai Majistret, menetapkan 13 April untuk sebutan semula kes.
Kedua-dua tertuduh selepas itu dihantar ke Penjara Kajang.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment