Dua wanita, Doan Thi Huong dan Siti Aisyah dihadapkan ke Mahkamah Majistret Sepang atas tuduhan membunuh seorang lelaki warga Korea Utara, Kim Chol, atau dikenali Kim Jong-nam.
Kedua-dua mereka didakwa melakukan perbuatan tersebut bersama-sama empat lagi individu yang masih bebas di Balai Berlepas, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2), kira-kira 9 pagi, pada 13 Februari lalu.
Thi Huong, warga Vietnam dan Siti Aisyah, warga Indonesia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukan hukuman mati mandatori.
Pertuduhan ke atas mereka dibacakan secara berasingan dalam bahasa Vietnam dan Indonesia.
Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada kedua-dua wanita terbabit.
Turut hadir wakil daripada kedutaan kedua-dua buah negara.
Hakim Mahkamah Sesyen Harith Sham Mohamed Yasin yang bertindak sebagai Majistret menetapkan 13 April ini untuk sebutan semula kes itu.

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment