Rakyat Vietnam, secara umumnya, percaya suspek dari negara itu yang didakwa atas pembunuhan warga Korea Utara Kim Jong-nam tidak bersalah, kata salah seorang ahli keluarga tertuduh.
Tran Huy Huang, 23, berkata, keluarga tertuduh dan rakyat Vietnam berharap penduduk negara ini dan sistem keadilan tempatan dapat melihat perkara itu.
"Keluarga dan seluruh rakyat Vietnam tahu (Doan) Thi Huong tidak bersalah kerana beliau seorang gadis yang sangat baik.
"Kami menjangka beliau tidak bersalah dan Malaysia tahu mengenainya," kata Huy Huang pada sidang akhbar di Kuala Lumpur hari ini.
Thi Huong, 28, bersama-sama dengan warga Indonesia, Siti Aisyah, 25, didakwa bersama-sama membunuh Jong-nam pada akhir Februari yang lalu. Jong-nam adalah abang kepada pemerintah Korea Utara, Kim Jong-un.
Tran dan bapanya, Thi Huong Van Thanh berada di Malaysia untuk menghadiri prosiding sebelum perbicaraan yang akan berlangsung esok.
"Keluarga kami sangat terkejut dengan perkembangan ini," kata Tran dalam menjelaskan sebab bagi lawatan itu.

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment