Write For Us

Bunyi dengusan bawa penemuan ular tedung selar

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
116 Views
Published
Bunyi dengusan mencurigakan akhirnya membawa kepada penemuan seekor ular tedung selar yang tersesat dalam sebuah rumah penduduk di Kampung Tanjung, Padang Terap, pada Rabu, 25 Disember.
Kehadiran reptilia berbisa sepanjang lima meter itu disedari pada jam 6.30 petang ketika pemilik rumah mencari perkakas untuk membuat cendol.
Pegawai Operasi Angkatan Pertahanan Awam (APM) Padang Terap, Leftenan (PA) Mohd Shukri Shuib, berkata, pengadu memaklumkan terdapat seekor ular tedung selar menyelinap masuk ke dalam almari baju di bilik stor berkenaan.
Katanya, reptilia itu akan diserahkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Kedah untuk tindakan lanjut.
-------------------------------------

#HMETRO #METROTV



Please visit our website for more news

Please like

Please follow

And also our
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment