Write For Us

Caj tol Jambatan P.Pinang mansuh jika tawan Putrajaya, Lim bidas Najib

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
149 Views
Published
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng memberi jaminan, sekiranya Pakatan Harapan menjadi kerajaan persekutuan, semua caj tol di Jambatan Pulau Pinang akan dihapuskan.
Di Twitternya, Guan Eng berkata jika mengundi BN, caj tol untuk motosikal akan dimansuhkan di Jambatan Pulau Pinang.
Tetapi, katanya, jika mengundi HARAPAN, semua caj tol di Jambatan Pulau Pinang akan dimansuhkan sebaik sahaja mengambil alih Putrajaya.
Lim berkata demikian sehari selepas Pengerusi BN Datuk Seri Najib Razak mengumumkan akan menambah intipati dalam manifesto BN PRU14 dengan memasukkan pemansuhan bayaran tol untuk penunggang motosikal di Jambatan Pulau Pinang sekiranya berjaya merampas semula negeri itu.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment