Write For Us

Calon Bebas Batu sedia kerjasama dengan HARAPAN

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
172 Views
Published
Calon Bebas VM Panjamothy sedia bekerjasama dengan gabungan pembangkang, Pakatan Harapan, (HARAPAN) untuk mempertahankan kerusi Parlimen Batu.
Dalam temu bual dengan Malaysiakini, bekas pemimpin MIC itu berkata beliau mengalu-alukan kerjasama itu dengan tangan terbuka dan juga bersedia meneruskan perjuangan HARAPAN.
Walau bagaimanapun, katanya, jemputan harus dihulurkan oleh Naib Presiden PKR, Tian Chua terlebih dahulu.
Tian Chua, yang adalah penyandang jawatan ahli parlimen Batu selama dua penggal tetapi Suruhanjaya Pilihan Raya pada Sabtu, 28 April lalu enggan mendaftarkan pencalonannya atas alasan dia hilang kelayakan daripada bertanding berhubung keputusan mahkamah.
Isnin lalu, pemimpin PKR itu berkata beliau bersedia menyokong calon lain sebagai pilihan terakhir jika cabarannya untuk membatalkan keputusan SPR gagal.
Batu, ketika ini menyaksikan pertandingan empat penjuru antara Panjamothy, calon BN Dominic Lau, calon PAS Azhar Yahya dan seorang lagi calon Bebas, pelajar undang-undang M Prabakaran.
Spekulasi bertiup kencang bahawa pemimpin PKR sedang berhubungan dengan kedua-dua calon Bebas berkenaan tetapi Panjamothy enggan mengulas perkara itu.
Bekas anggota jawatankuasa kerja pusat MIC yang berusia 63 tahun itu adalah yang pertama mengumumkan bahawa dirinya akan mematuhi prinsip dan agenda perubahan HARAPAN, tetapi dengan syarat gabungan pembagkang itu harus memberi isyarat kepadanya terlebih dahulu.
Isyarat dari HARAPAN, kata Panjamothy, mestilah dalam bentuk perisytiharan terbuka.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment