Write For Us

Tidak ada kerjasama dengan PAS, tegas HARAPAN

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
130 Views
Published
Di tengah-tengah kemelut dalaman PKR akibat kerjasama dengan PAS, Pakatan Harapan memutuskan tidak akan bekerjasama dengan PAS.
“Pakatan Harapan tidak akan bekerjasama dengan PAS dalam pilihan raya umum ke-14 (PRU-14)...,” kata pemimpin-pemimpin kanannya dalam kenyataan tengah malam tadi.
Kenyataan itu juga menyebut mereka sedang merangka strategi untuk kemungkinan menghadapi pertandingan tiga penjuru.
Kenyataan itu dikeluarkan oleh pengerusinya Tun Dr Mahathir Mohamad, Presiden Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan tiga timbalan presiden iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin, Lim Guan Eng dan Mohamad Sabu.
Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Azmin Ali sebelum ini mengaku sedang mengadakan perbincangan tidak rasmi dengan PAS bagi berdepan pilihan raya, walaupun kedua-dua parti tidak lagi mempunyai kerjasama politik.
Ia menimbulkan rasa tidak senang bukan sahaja anggota komponen HARAPAN tetapi juga pemimpin kanan PKR lain.
Seorang anggota biro politik PKR telah meletakkan jawatan sebagai tanda protes manakala Naib Presiden PKR Rafizi Ramli pula mengusulkan kongres khas bagi membincangkan perkara itu.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment