Write For Us

Pendirian tegas negara tidak jejas hubungan dagangan dengan AS, kata Anwar

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
11 Views
Published
Pendirian Malaysia dalam isu antarabangsa seperti Gaza dan pembaharuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), tidak menjejaskan hubungan perdagangan baik dengan Amerika Syarikat (AS), kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata ketegasan Malaysia dalam dasar luar negara yang menekankan kebebasan menyuarakan hak, juga sebagai mewakili sentimen rakyat Malaysia termasuk dalam aspek mengekalkan prinsip pemusatan apabila mengambil alih kepengerusian ASEAN.

Perdana Menteri berkata demikian bagi menjawab pertanyaan lanjut Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (Muda-Muar) mengenai usaha Malaysia menseimbangkan hubungan dengan AS apabila Trump mengambil alih pentadbiran ketika Malaysia turut menjalin hubungan dengan Palestin, Rusia dan China. 

Sumber video: https://www.youtube.com/live/MWNm48uGcik
Category
TV Saluran - TV Channel
Tags
Kinitv, Malaysia, politics
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment