Write For Us

Isu dalaman PKR tidak jejas pentadbiran negara

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
100 Views
Published
Timbalan Perdana Menteri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, pengurusan pentadbiran negara tidak tergugat dengan masalah politik dalaman yang melanda Parti Keadilan Rakyat (PKR) ketika ini.
Beliau berkata, berbeza pandangan adalah lumrah dalam politik namun tetap bersatu dalam hal membabitkan pemulihan negara.
"Parti politik ini memang begitu, tidak semua akan sama pandangan, tapi kita bersatu. Dalam soal (pentadbiran) negara pula, tidak ada apa-apa yang tergugat, apa yang kita mahu ada kesatuan untuk memulihkan negara," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Festival Kesenian dan Kebudayaan Islam Antarabangsa Putrajaya (Piiacuf) 2019 pada Khamis.
Beliau mengulas sama ada pertembungan antara pasukan Presiden PKR Anwar Ibrahim dan timbalannya Mohamed Azmin Ali dalam isu video intim Menteri Hal Ehwal Ekonomi itu boleh menjejaskan pentadbiran negara.
Dr Wan Azizah, yang juga Pengerusi Majlis Penasihat PKR, turut menegaskan bahawa tidak timbul isu dua kem dalam PKR kerana anggota parti tetap memberi sepenuh sokongan kepada presiden parti.
Berhubung gesaan anggota parti yang mahu Pengerusi PKR Perak, Farhash Wafa Salvador Mubarak dikenakan tindakan disiplin ekoran membuat tuduhan jelek kepada Mohamed Azmin, Dr Wan Azizah berkata perkara itu akan diteliti Lembaga Disiplin Parti.
Semalam, Lembaga Disiplin PKR memaklumkan akan memanggil beberapa individu termasuk Farhash bagi membuat penjelasan berhubung ungkapan jelek yang dibuatnya terhadap Mohamed Azmin sejurus dibebaskan dari tahanan polis pada Selasa. - Bernama
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment