Write For Us

Cemas! Kereta api dinaiki Shafie berasap

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
113 Views
Published
Presiden Parti Warisan Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan rombongan sepatutnya mengharungi perjalanan mudah dari Beaufort ke Tenom, Sabah dengan menaiki kereta api.
Bagaimanapun selepas dua jam perjalanan, penyaman udara dalam kereta api itu mula mengalami kerosakan.
Selepas sistem penyaman udara dibaiki, kereta api itu meneruskan perjalanan semula sehingga Shafie dan rombongannya menukar keretapi yang lain ketika mereka meneruskan perjalanan ke Tenom.
Tidak lama selepas menaiki kereta api kedua, penumpang termasuk penulis mendengar teriakan secara tiba-tiba 'turun sekarang!'.
Asap muncul dari bawah kereta api berkenaan ketika Shafie dan penumpang bergegas turun, dengan beberapa orang keluar menerusi tingkap untuk melarikan diri manakala yang lain menjerit ada kebakaran.
Seorang pegawai Keretapi Negeri Sabah yang enggan namanya disiarkan memberitahu Malaysiakini bahawa kejadian seperti itu luar biasa dan kebakaran yang disyaki itu mungkin akibat beban muatan penumpang.
Tidak lama selepas keluar dari kereta api berkenaan, para penumpang dibawa menaiki gerabak ketiga.
Shafie didengar memberitahu penyokong WARISAN agar memberi keutamaan kepada kanak-kanak sekolah yang memenuhi pengangkutan berkenaan.
Kereta api berkenaan kemudian penuh sesak dengan penumpang termasuk bekas menteri itu yang terpaksa bertahan dalam perjalanan selama 20 minit ke Tenom.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment