Write For Us

CEO Proton buang pekerja 'bohong belaka', kata Menteri

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
141 Views
Published
Kurang tiga bulan mengambil-alih jawatannya sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) Proton Holdings, pelbagai khabar angin tersebar mengenai Li Chunrong.
Ini termasuk tuntutan bahawa beliau sedang memecat kakitangan Proton dan mengendalikan mesyuarat dalam bahasa Cina.
Bagaimanapun memetik laporan akhbar Nanyang Siang Pau, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Kedua, Datuk Seri Ong Ka Chuan menafikan khabar angin itu.
Menurut Ong, desas sesus itu selepas disiasat oleh pihaknya mendapati tiada kebenaran dan hanya bohong belaka.
Sementara itu, Ong mendedahkan bahawa Li memberi kata-dua kepada pembekal komponen automotif Proton untuk mengurangkan harga mereka sebanyak 30 peratus menjelang akhir tahun.
Jika mereka gagal berbuat demikian, beliau berkata Proton akan mencari di tempat lain.
Ong menegaskan bahawa Proton membeli bahagian automotif pada harga premium 30 peratus daripada harga pasaran, dan kos tersebut akhirnya ditanggung oleh pengguna.
Ong, yang juga setiausaha agung MCA, berharap usaha Li untuk memperbaharui Proton akan menyaksikan jenama itu menembusi pasaran antarabangsa sekali lagi.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment