Write For Us

Masalah Proton dari kerajaan, kata Tun M

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
122 Views
Published
Kerajaan bertanggungjawab atas masalah kewangan dialami Proton kerana lambat membekalkan peruntukan kepada syarikat pengeluar kereta nasional itu.
Dalam blognya semalam, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata dalam keadaan begitu, syarikat berkenaan terpaksa menggunakan dana sendiri untuk membangunkan tiga kereta baru.
Mahathir yang juga bekas pengerusi Proton itu memberitahu demikian selepas Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datu Seri Nazri Aziz, yang mendakwa Proton adalah seekor "gajah putih" merujuk kepada projek yang membazir wang kerajaan.
Bagaimanapun, kata Dr Mahathir, semasa beliau menjadi perdana menteri Proton dapat mengumpul keuntungan sebanyak RM4 bilion.
Syarikat itu juga, katanya, membina kilang baru di Tanjung Malim dengan kos RM1.8 bilion dan ia dilakukan tanpa mendapatkan pinjaman bank atau bantuan kerajaan.
Kemerosotan Proton, kata Dr Mahathir, bermula apabila kereta buatan asing dibenarkan masuk ke negara ini dengan mudah ketika negara pengeluar kereta terbabit tetap menghalang kemasukan Proton ke sana dengan pelbagai alasan.
Beliau juga mempersoalkan sama ada produk Proton begitu buruk sehingga gagal bersaing kualiti dengan kereta lain.
Pengerusi BERSATU itu juga mengakui ada kelemahan pada kereta dikeluarkan Proton namun teknologinya tetap sesuai untuk Malaysia, Australia dan Asean.
Katanya, ada bantuan teknologi dari syarikat Eropah dalam Proton.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment