Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Akta Rahsia Rasmi adalah berkenaan dengan dasar-dasar kerajaan dan bukannya jenayah yang berlaku dalam kerajaan.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menghadiri mesyuarat khas berkaitan hak-hak dan kekebalan anggota parlimen di Parlimen.
Ini pertama kali pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) itu menjejakkan kaki ke bangunan itu sebagai pembangkang.
Ini juga mungkin kehadiran pertama beliau ke parlimen sejak berundur sebagai perdana menteri 13 tahun lepas, pada 2003.
Turut hadir Presiden BERSATU Tan Sri Muhyiddin Yassin, bekas menteri Datuk Seri Shafie Apdal, Ketua Pembangkang Datuk Seri Wan Azizah Ismail dan Ketua Anggota Parlimen DAP Lim Kit Siang.
Lebih 20 orang anggota parlimen pembangkang dilihat hadir mesyuarat yang dianjurkan di bangunan sementara di parlimen.

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment