Write For Us

Dasar baru tempoh duduki kuarters kerajaan sedang diteliti - Menteri

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
6 Views
Published
Cadangan menetapkan dasar baharu berkaitan tempoh penjawat awam menduduki kuarters kerajaan sedang diteliti Bahagian Pengurusan Hartanah (BPH), kata Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek.

Beliau berkata berdasarkan perbincangan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) (Wilayah Persekutuan) dengan pihak BPH, sekiranya dasar pemisah (exit policy) bagi kuarters ingin dirangka, ia tidak seharusnya dilaksanakan begitu mudah, seperti hanya menetapkan tempoh maksimum 10 tahun untuk penghuni.

"Sebaliknya, perlu ada pertimbangan khas bagi penghuni yang mempunyai keperluan tertentu, seperti faktor kesihatan atau perancangan untuk bersara dan kembali ke kampung halaman.

"Golongan ini wajar diberi kelonggaran untuk terus mempunyai kuarters tanpa had masa tertentu," katanya pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.

Sumber video: https://www.youtube.com/live/Mm1Ycug9BYU
Category
TV Saluran - TV Channel
Tags
Kinitv, Malaysia, politics
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment