Write For Us

Ceramah Syamsul Debat kosong? Itu palsu, diedit

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
87 Views
Published
Rakaman video yang tular di media sosial kononnya ceramah calon Barisan Nasional (BN), Syamsul Amri Ismail atau Syamsul Debat tidak mendapat sambutan orang ramai disahkan palsu.
Memetik Utusan Online, pembantu peribadi beliau, Muhamad Khushairi A. Rasid berkata rakaman tersebut diubah suai dipercayai dengan niat memburuk-burukan calon bagi kerusi DUN Sikamat itu.
Jelasnya, Syamsul tidak pernah terlibat dalam program ceramah seperti yang ditunjukkan dalam rakaman video berkenaan.
“Setakat ini beliau tidak pernah menganjurkan program ceramah seperti itu. Video itu telah diedit.
“Pihak kami telah memeriksa rakaman tersebut dan ucapan Syamsul dalam rakaman itu sebenarnya dibuat semasa Perhimpunan Agung UMNO 2016,” katanya.
Rakaman video yang tular sejak semalam menunjukkan suasana tempat duduk yang kosong pada satu program ceramah BN yang berlatarbelakangkan suara Syamsul.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment