Anthony Loke mengumumkan kebenaran penggunaan lapisan filem atau cermin gelap tanpa had pada cermin sisi kiri dan kanan penumpang serta cermin belakang kenderaan.
Menteri Pengangkutan itu berkata, peraturan baharu itu akan berkuat kuasa mulai esok.
Bagaimanapun, kata beliau, kadar ketelusan cahaya tampak pada bahagian cermin hadapan dan cermin sisi kanan dan kiri pemandu pula masih kekal seperti sedia.
Ketika ini, had yang ditetapkan untuk cermin depan kenderaan adalah 70 peratus manakala bagi cermin sisi kiri dan kanan pemandu adalah 50 peratus.
"Cermin di belakang dan cermin penumpang tidak ada had, boleh gelap.
Sebab ramai yang mintak supaya kita longgarkan untuk berikan lebih gelap supaya kita boleh tahan haba dan sebagainya.
"Kita dah ambil pertimbangan itu tetapi kita tak boleh kompromi untuk cermin depan dan untuk cermin pemandu sebab itu yang lebih penting dan itu (had) kita kekalkan sedia ada," kata beliau.
Beliau turut menegaskan, kebenaran itu hanya tertakluk untuk kenderaan motor milik persendirian sahaja.

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment