Write For Us

Kg Baru seperti "kudis" di tengah bandar, tidak cermin orang Melayu

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
94 Views
Published
Tanah Kampung Baru di tengah-tengah ibu negara, bukan untuk dijual kepada individu atau pihak luar, sebaliknya kepada agensi kerajaan, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.
Perdana Menteri berkata, agensi kerajaan itu berperanan membantu pemilik tanah untuk membangunkan Kampung Baru tanpa mengabaikan ciri-ciri asal tanah Melayu di kawasan terbabit.
“Tanah Kampung Baru dulu adalah tanah pertanian, tetapi tanah ini sekarang hanya sesuai untuk berniaga. Namun, mereka (pemilik tanah) tidak mempunyai cukup wang untuk membangunkan kawasan itu.
“Jika kita lihat, masih ada rumah lama berbumbung zink serta berkarat. Keadaan ini tidak mencerminkan kedudukan orang Melayu itu sendiri,” katanya pada sidang media selepas menyampaikan amanat sempena Kongres Maruah Melayu, di sini hari ini.
Katanya, keadaan semasa di kawasan penempatan terbabit seperti ‘kudis’ di tengah bandar yang pesat serta dikelilingi bangunan pencakar langit.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment