Write For Us

China pernah tawar tebus 1MDB sebagai ganjaran projek - laporan

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
95 Views
Published
Kerajaan China pada 2016 dilapor pernah menawarkan untuk menebus 1MDB yang menghadapi masalah kewangan sebagai balasan penganugerahan projek saliran paip bagi program 'One Belt, One Road'.
Laporan Wall Street Journal (WSJ) memetik minit mesyuarat yang tidak didedahkan sebelum ini, menyatakan bahawa China juga menawarkan untuk memasang peranti pengintip di rumah dan pejabat wartawan WSJ di Hong Kong yang ketika itu membuat liputan 1MDB, bagi mengenal pasti sumber maklumat mereka.
Kata laporan yang tulis Tom Wright dan Bradley Hope, minit mesyuarat menunjukkan pegawai China memaklumkan bahawa kerajaan China akan menggunakan pengaruh bagi memastikan AS dan negara lain menggugurkan siasatan berhubung kes melibatkan perdana menteri ketika itu Datuk Seri Najib Razak dan sekutunya, yang didakwa menyeleweng dana 1MDB.
Memetik sumber, laporan itu turut menyatakan bahawa selain menganugerahkan projek kepada China, Najib juga mengadakan rundingan sulit bagi membenarkan tentera laut China berlabuh di dua pelabuhan Malaysia.
Wright dan Hope menyiasat kes 1MDB selama beberapa tahun merupakan antara wartawan yang terawal membuat laporan berhubung dakwaan RM2.6 bilion dalam akaun Najib yang didakwa diseleweng dari 1MDB.
Tom Wright dan Bradley Hope juga merupakan penulis Billion Dollar Whale, buku yang mengupas skandal 1MDB dan ahli perniagaan Low Taek Jho (Jho Low) yang kini masih dalam buruan pihak berkuasa.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment