Write For Us

“Projek masih jalan, tak ada hal," kata Pengerusi 1MDB

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
89 Views
Published
Pengerusi 1MDB Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah mendakwa Projek Bandar Malaysia masih lagi berjalan meskipun berhadapan dengan pembatalan perjanjian jualan saham (SSA).
“Projek masih jalan, tak ada hal, (projek) masih jalan,” katanya ketika temui pemberita selepas merasmikan Program i-Labs di Menara Sunway hari ini.
Irwan bagaimana pun enggan mengulas lanjut mengenai isu itu dan segera berjalan keluar dari Majlis tersebut.
Namun pihak media mengekori Irwan dan sempat bertanyakan soalan adakah kerajaan China tidak pernah meluluskan perjanjian tersebut.
Beliau bagaimanapun tetap mengulangi jawapannya iaitu “projek masih jalan”.
Irwan yang juga ketua setiausaha perbendaharaan hanya mendiamkan diri ketika ditanya adakah lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ke China minggu depan ke China bagi mencari pelabur baru.
Semalam, TRX City Sdn Bhd mengumumkan SSA Bandar Malaysia dengan Iskandar Waterfront Holdings Sdn Bhd (IWH) dan China Railway Engineering Corperation (M) Sdn Bhd (CREC) membabitkan 60 peratus modal terbitan dan berbayar Bandar Malaysia Sdn Bhd, terbatal berikutan kegagalan pihak pembeli menunaikan tanggungjawab pembayaran.
Dilaporkan konsortium IWH-CREC Sdn Bhd gagal membayar RM7.42 bilion untuk pegangan saham 60 peratus walaupun beberapa kali penangguhan diberikan sejak Disember 2015.
Menurut TRX City, Kementerian Kewangan akan terus mengekalkan pegangan 100 peratus hak di dalam Bandar Malaysia dan akan memastikan pembangunan aset hartanah itu benar-benar memberi faedah kepada rakyat Malaysia.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan hari ini berkata pembatalan perjanjian jualan saham (SSA) Bandar Malaysia tidak menggugat rancangan jangka panjang kerajaan untuk merasionalisasikan 1MDB dan membangunkan Bandar Malaysia.
Katanya kerajaan akan mempelawa syarikat-syarikat tempatan dan luar negara yang mempunyai pelan lebih menarik dan komprehensif untuk menjadi pemaju utama bagi projek pembangunan Bandar Malaysia.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment